Dalam kelas PGT 314 tadi, macam biasa kitorang ada satu slot belajar kat luar kelas. Masa tu, kitorang kena buat satu aktiviti. Pensyarah suruh fikirkan seorang guru yang banyak bagi impak kepada kita. Masa tu, macam-macam cikgu yang aku fikir. Yelah, semuanya bagi impak yang sangat besar dalam hidup aku.
Lepas tu, pensyarah suruh tulis apa kualiti yang ada dalam diri guru tu yang membuatkan dia sangat berpengaruh dalam hidup aku. So aku pun decide nak pilih sorang cikgu ni dan mula menulis.
Nama cikgu tu, aku tulis kat tengah tengah. Tapi saje je aku censoredkan nama cikgu tu. Persoalannya, kenapa dalam banyak-banyak cikgu, aku pilih dia?
Cikgu tu memang banyak bagi pengaruh waktu aku tingkatan enam dulu. Dia ajar sampai kitorang faham. Tak dinafikan, dia ni agak suka bebel. Tapi, itu yang aku suka. Bebel dia bukan bebel main-main. Tapi dia suka sangat bagi nasihat + motivasi kat kami semua.
Bila dengar apa yang dia cakap tu, memang semangat tersangatlah berkobar-kobar balik. Pernah sekali, dia kumpulkan semua kawan-kawan tingkatan enam batch aku tu, buat luahan hati ke hati. Dia sampai menangis masa cakap betapa dia nak kitorang berjaya, nak kitorang masuk U. Sebak ooo masa tu. Dia pernah cakap, dia anggap kami semua macam adik dia.
Satu benda yang aku suka pasal dia. Dia selalu ada untuk student-student dia. Walaupun dah habis sekolah, kalau kami ada masalah, boleh je rujuk dia. Masa tingkatan enam dulu, dia ada tunjuk Ijazah dia kat aku dengan seorang kawan aku. Masa tu, Allah je la yang tahu perasaan aku. Aku pun nak ijazah macam tu jugak. Nak jugak nama aku tertera atas sijil tu. Pendek kata, aku nak macam yang cikgu tu ada. Ada seorang lagi cikgu, pun buat perkara yang sama. Tunjukkan ijazah dia dekat aku. Masa tu, level motivasi memang up gila-gila lah!
Cikgu tu, bukan setakat cikgu. Cikgu tu buat kitorang dengan sekolah dah macam ada connection yang kuat. Even dah habis sekolah pun, kitorang akan pergi sekolah untuk jumpa dia dan cikgu-cikgu yang lain. Bersyukur sangat-sangat sebab diberikan kesempatan jumpa dengan cikgu-cikgu yang baik. Bukan dia je, tapi SEMUA cikgu. Terima Kasih ya Allah kerana mempertemukan aku dengan insan-insan istimewa seperti mereka. =)
In Shaa Allah. Kalau ada rezeki aku nanti, aku akan jadi cikgu. Aku nak jadi cikgu yang awesome dan daebak macam cikgu-cikgu aku dulu. Paling penting, nanti aku nak tunjuk skroll ijazah aku kat diorang. Bukan nak menunjuk, tapi nak bagi motivasi. Nak up kan confident level diorang. Macam yang cikgu-cikgu aku pernah buat kat aku dulu.
Cikgu,
Terima kasih banyak-banyak...
Semoga Allah panjangkan umur cikgu-cikgu semua,
Semoga Allah sihatkan tubuh badan cikgu-cikgu semua,
Semoga Allah mempermudahkan rezeki cikgu-cikgu semua.
Amin =)
Saya sayang cikgu-cikgu saya
^_^

No comments:
Post a Comment