Ada apa dengan 1 April? April Fool? Oh no no no. Bukan itu. Tapi aku tengah menghitung hari menunggu 1 April sebab ada Program Cakna Bahasa Melayu ni.
FYI, kitorang kena buat program ni memandangkan program ni dah termasuk dalam rangka kursus paper PGT314 Kaedah Mengajar Bahasa Melayu II
![]() |
| Maklumat Program |
![]() |
| Ahli kumpulan yang terlibat. Terima kasih kepada individu yang taja banner. Yang minta identitinya dirahsiakan. ^_^ |
Untuk part aku, aku kena handle game Thief Card a.k.a nama melayunya yang diubah untuk program ni, Pencuri Bahasa. Pernah tengok Running Man? Haaaaa game ni adaptasi game Thief Card kat Running Man tu la. Bezanya, kad ni tak de muka jebik Jae Suk jadi cover depan. Hahaha
![]() |
| Thanks Mira-Di yang sudi sponsor print warna warni =) |
![]() |
| Ni Thief Card versi Running Man. Nampak muka Yoo Jae Suk kat situ? Hehe |
Bukan game ni je ada. Ada lagi beberapa game yang kami akan buat hari tu. Nak tahu apa? Kenalah datang. Isnin, 1 April 2013. Bertempat di Foyer DK. Masa, 9:00am-1:00pm.
Sekarang ni, kami prepare untuk yang Fasa 1 dulu sebab tu yang paling dekat. Lepas habis Fasa 1 next event Fasa 2 buat dekat sekolah pulak. Kalau Fasa 1 kita libatkan pelajar-pelajar USM, Fasa 2 pulak kita libatkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Nibong.
Semoga Allah permudahkan urusan kami.
Semoga Allah berkati program kami.
Semoga dilancarkan segala perjalanan kami.
Semoga ia menjadi program yang berjaya.
Semoga ia menjadi program yang boleh memberi manfaat kepada kita semua.
Amin =)




No comments:
Post a Comment