Friday, 29 March 2013
Islamio Ronaldolah
Aku ni bukanlah penggemar tegar bola sepak antarabangsa. Tak pernah nak ambek tahu Manchester United tu apa... Liverpool tu apa... Chelsea tu apa... Game apa, siapa pemain. Memang aku tak ambil tahu.
Aku cuma cam kalau ada game tu, mesti kedai mamak Khaleel penuh dengan pakwe-pakwe.
Dan kalau aku TERtahu apa-apa pasal bola ni pun, mungkin secara tidak sengaja. Contohnya, masa tengok Running Man, ada episod dengan Park Ji Sung. Dekat situ la aku baru tahu. "Ooooo. Park Ji Sung ni player MU rupa-rupanya" (Tapi sekarang dia dah tak kat MU kan kan kan?)
Tapi, 2, 3 menjak ni ada seorang ikon bola sepak yang dah merompak perhatian aku. Siapa?
Christiano Ronaldo.
Kenapa?
Lihat & nilaikan...
Tak tertanya ke kenapa tajuk entry aku kali ni Islamio Ronaldolah??
Haaaaa... fasal ni lah. Alahai mat.... mat....
Memang aku tak minat bola oversea ni. Tapi senaif-naif pengetahuan aku pasal bola, aku pernah la jugak tengok game Harimau Malaya. Kenal la jugak Safee Sali tu siapa, Muslim Ahmad tu siapa, si kembar tu siapa...
Dan tahu la jugak bukan setakat game diorang je. Tapi juga tahu pasal Zaquan Adha kahwin dengan Ayu Raudhah... Aidil Zafuan dengan kes mahkamahnya bersama Rita Rudaini. (Aku stop sampai sini kalau tak nanti jadi blog gossip pulak)
Kalau kawan-kawan aku tanya, aku dengan bangga jawab yang aku cuma layan Harimau Malaya je. Hehe.
Dan aku juga tiada masalah andai dapat suami yang kipas-susah-mati bola ni. Boleh tengok bola sama-sama bila World Cup. Lama-lama nanti aku pandai la tengok bola. Suwit kan. Tak gitu?
Dan saat entry ini ditulis, aku masih single. (Errrr perlu la nak mention?)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment