Semuanya bermula dengan satu ketidaksengajaan dan kecuaian.
Kadang kadang aku terfikir,
Bila satu benda dikehendakkan untuk terjadi,
Dengan seremeh remeh faktor sekalipun ia tetap akan terjadi.
Daripada seremeh remeh itu menimbulkan satu perkara kecil,
Dan daripada kecil itu,
Jika tidak dibendung,
Besarnya mungkin tidak dapat diduga.
Kun Fayakun
Aku tak menyalahkan sesiapa.
Silapnya mungkin dari aku.
Melayan?
Bagi respond?
Itu aku lakukan dalam terpaksa.
Kerana aku tidak mahu dianggap sombong.
Aku tidak mahu membina satu hubungan kekok.
Cukup sekali ketika itu sahaja.
Kesan yang itu sampai sekarang aku simpan.
Redha tapi belum pasrah sepenuhnya.
Dan kejadian itu membuatkan aku takut.
Takut tatkala berjalan,
Berbayangkan dia.
Takut tatkala melihat,
Bermatakan dia.
Aku tersepit.
Harapnya, tidak akan ada sebarang masalah selepas ini.
Jika boleh elak,
Aku elak sebaik mungkin.
Jika boleh tolak,
Aku tolak selembut mungkin.
Dan bila ini terjadi,
Aku terbayangkan kamu.
Alangkah baik,
Kalau yang pernah terbina itu terus berterusan.
Mungkin aku hanya pengintip,
Yang mampu melihat senyum kamu hanya dalam mimpi.
Setiap kali dia yang memunculkan diri,
Betapa aku berharap,
Dia adalah kamu.
Betapa aku berharap,
Bait katanya adalah bait kata kamu.
Terlalu lena aku di mimpi nan satu ini.
Sakit meskipun mimpi,
Tapi biarkan aku lena dahulu,
Aku terhibur dengan melankoliknya,
Tiba saat aku terjaga,
Aku yakin.
Satu nan pasti akan membawa aku pergi.
No comments:
Post a Comment