Sunday, 22 September 2013

Aku cuba lari tapi kaki aku tetap akan menjejak hingga situ.
Mereka.
Ya. Aku tak salahkan mereka.
Kerana mereka tak tahu apa-apa.
Dan aku yang memilih untuk tidak memberitahu.

Jujur.
Memang kaki aku ingin lari.
Tapi aku selalu ikutkan hati.
Dan hati aku, katanya :
"Lihat dia. Lihat dia"

Aku diam.
Aku kaku.
Bukan bererti aku tak peduli.
Bukan bererti aku tak melihat.
Tapi aku lebih kepada perasaan takut sebenarnya.
Ya. Memang aku penakut.

Aku tertanya,
Kau dah masukkan aku dalam kelompok itukah?
Kelompok yang pernah kau katakan dulu.

Dan kau,
Jika hati kau sudah tetap,
Teruskan.
Jika kau masih macam dulu.
Tolong. Hentikan.
Jangan hasilkan lebih banyak "aku" di sini.

No comments:

Post a Comment