Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Bila dengar peribahasa tu, memang, negatif ekspresinya. Betul tak?
"Ish ish. Tak patut"
"Nak marah tu marah pihak berkenaan je la. Jangan la libatkan orang lain"
"Control sikit marah tu boleh?"
"Ingat cantik sangat la kau nak marah-marah?"
Persoalannya.
Kenapa kau nak halang orang marah?
Dia ada perasaan beb.
Dia bukan gila. Nak marah tak tentu pasal.
Berbalik kepada peribahasa tu.
Kelambu tu kena bakar kalau banyak nyamuk dalam tu.
Lagi satu, sifat kelambu tu sebenarnya tak membenarnya nyamuk masuk.
Mana ada orang pasang kelambu untuk bagi nyamuk masuk.
Jadi, kalau dalam kelambu ada nyamuk, sah ada something wrong dengan kelambu tu.
Ada bocor kat mana-mana ke.
Atau ada yang sengaja bukak pintu kelambu tu. Tak himpit dengan bantal. Memang la nyamuk boleh masuk!
Jadi, kalau kelambu korang koyak, pergi jahit.
Jangan salahkan orang lain pulak kalau ada yang bakar kelambu tu nanti.
Orang kata, marah tu syaitan.
Ye. Aku akui.
Dan siapa yang suka bila syaitan durjana asyik "mencucuk cucuk" hati kita suruh marah.
Orang kata lagi,
Kalau marah, ambik air sembahyang.
Kalau marah, pergi mandi.
Kalau marah, cari apa-apa yang berasaskan air
Sebab marah tu sifatnya bagai api.
Panas.
Bila disuakan air, In Shaa Allah, padam.
Jadi, aku berusaha simpan air banyak-banyak tepi aku.
Lagi-lagi bila stress macam ni.
Sebab kecenderungan nak marah tu tinggi.
Aku takde peribadi yang sempurna.
Banyak cela pada aku.
Kalau rasa annoying dengan aku, cakap.
Kalau tak nak cakap, bagi hint.
Kalau cakap tak nak,
Bagi hint pun tak nak,
Lepas tu jangan pulak tweet
"Ittew ta mao kawan diew. Diew jahat. Bencinyew. Tak sukew! Tak sukew"
LOL
Thursday, 26 September 2013
Sunday, 22 September 2013
Aku cuba lari tapi kaki aku tetap akan menjejak hingga situ.
Mereka.
Ya. Aku tak salahkan mereka.
Kerana mereka tak tahu apa-apa.
Dan aku yang memilih untuk tidak memberitahu.
Jujur.
Memang kaki aku ingin lari.
Tapi aku selalu ikutkan hati.
Dan hati aku, katanya :
"Lihat dia. Lihat dia"
Aku diam.
Aku kaku.
Bukan bererti aku tak peduli.
Bukan bererti aku tak melihat.
Tapi aku lebih kepada perasaan takut sebenarnya.
Ya. Memang aku penakut.
Aku tertanya,
Kau dah masukkan aku dalam kelompok itukah?
Kelompok yang pernah kau katakan dulu.
Dan kau,
Jika hati kau sudah tetap,
Teruskan.
Jika kau masih macam dulu.
Tolong. Hentikan.
Jangan hasilkan lebih banyak "aku" di sini.
Mereka.
Ya. Aku tak salahkan mereka.
Kerana mereka tak tahu apa-apa.
Dan aku yang memilih untuk tidak memberitahu.
Jujur.
Memang kaki aku ingin lari.
Tapi aku selalu ikutkan hati.
Dan hati aku, katanya :
"Lihat dia. Lihat dia"
Aku diam.
Aku kaku.
Bukan bererti aku tak peduli.
Bukan bererti aku tak melihat.
Tapi aku lebih kepada perasaan takut sebenarnya.
Ya. Memang aku penakut.
Aku tertanya,
Kau dah masukkan aku dalam kelompok itukah?
Kelompok yang pernah kau katakan dulu.
Dan kau,
Jika hati kau sudah tetap,
Teruskan.
Jika kau masih macam dulu.
Tolong. Hentikan.
Jangan hasilkan lebih banyak "aku" di sini.
Subscribe to:
Comments (Atom)