Wednesday, 19 June 2013

Kisah Tersepit.

Alkisah suatu hari, aku tersepitkan tiket balik kampung kat celah meja study. Masa tu rasa muka macam nak pucat dah. Dah la space dia kecik. Try guna pembaris tak mau. Guna fail tak mau. Guna kulit buku lagi la tak mau. Tiket tetap tersepit.

Masa tu aku terfikir satu je. Pergi balik Sungai Nibong, beli tiket baru. Itu je lah jalan penyelesaian di saat genting. Tapi entah kenapa aku cuba jugak nak ambik tiket tu. Siap nak try alihkan meja tu. Dengan kudrat tu ada, meja tu bergerak sebanyak 0.0000000 sentimeter! -_-

Tapi disebabkan usaha yang bersisa, aku cuba jugak. Dan, ya. BERJAYA *lap air mata*

Fokusnya di sini, aku bukan semata-mata nak cakap pasal tiket tu. Tapi ada benda LAIN yang aku nak cerita.

Gara-gara tiket tu tersepit, dan gara-gara aku gigih mengeluarkan tiket tu, rupa-rupanya bukan setakat tiket yang aku jumpa, tapi banyak khazanah lain lagi!

PENDRIVE : Ok yang ni pendrive aku yang mula mula pernah aku ada. Start hilang masa hujung tahun dua. Maknanya dah hampir satu sidang (setahun) pendrive tu hilang. Alhamdulillah jumpa. ^_^



KERONGSANG : Okay keronsang ni tak lah mahal mana. Tapi yang bentuk kumbang tu, kawan yang bagi. Patut la cari tak jumpa. Aku sayang gila kerongsang tu. Alhamdulillah, jumpa. ^_^



TANDA NAMA : Yang ini, tanda nama masa time time ambil ko-k dulu. Alah, apa lah sangat tanda nama. RM 3 je pun kalau tak silap bayar haritu. Tapi, pada tanda nama tu ada nama aku. Nama tu, aku guna sampai mati. Segala urusan, dunia dan akhirat guna nama itu. Paling bernilai, nama tu, opah yang bagi. Alhamdulillah, jumpa. ^_^



Dari sini, aku berfikir. Banyak perkara. Antaranya :

1. Tak boleh putus asa.

2. Setiap kesulitan tu Allah bagi mesti ada sebab.

3. Kena kuat hadapi semua, meski seorang.

4. Mungkin Allah hilangkan sesuatu yang kita punya, supaya kita belajar menghargai. Bila dah jumpa kembali yang hilang tu, kena jaga betul-betul. Jangan sampai hilang kali kedua. :)

5. Mungkin dalam setiap masalah, ada jalan pintas. Jalan pintas tu sebab apa? Sebab kita malas? Tapi, mungkin kerana keMALASan kita tu nanti, kita mungkin akan terlepas pandang perkara penting, yang boleh menyebabkan kita kehilangan sesuatu secara total.

6. Doa. Jangan sampai doa putus dari jasad. 

7. Mungkin kita akan hilang SATU benda, tapi kita akan dapat DUA, TIGA, EMPAT atau lebih lagi sebagai ganti.

8. Mungkin yang "hilang" tu sebagai jalan penghubung untuk kita menemukan sesuatu. Hurmmm *urut dagu*

Semenjak dua menjak ni, aku rasa macam fikiran aku dah jadi complicated. Tengok, tiket tersepit pun boleh melalut-lalut jadi cerita sebegini panjang. Mungkin ini effect orang runsing hati. LOL.

Bukan tu je. Aku sanggup pergi hostel kawan yang jauh semata-mata nak tengok nota dia. Padahal aku boleh je kot pinjam nota kawan satu blok. Aku pun tak tahu kenapa aku secomplicated tu. Dah naik bas on the way baru perasan. "Kenapalah aku tak pinjam je nota si Tipah (bukan nama sebenar) yang jaraknya tak sampai sekangkang dinosaur?"
(Okay Nampak sangat nipu. Pernah nampak dinosaur terkangkang ke?)

Tapi bayangkan. Bayangkan kalau aku tak try gak keluarkan tiket tu. Mesti aku tak jumpa balik tiga barang tu kan? Duit pun rugi. Dan kalau aku tak jumpa tiket tu, mesti takde entry ni.

Ini dia. Yang tersepit.
Subjek utama entry kali ini.

No comments:

Post a Comment