Sunday, 13 January 2013

Selamat Pagi Cikgu!


Hari ni, aku diberikan sekali lagi kesempatan untuk jadi cikgu tusyen. Ganti kawan je. Bukan kerja permanent. Subjek : SAINS. Perggghhh! Berapa tahun dah aku tak bukak buku sains tup tup kena mengajar sains???? Rileks, rileks... Ajar sekolah rendah je. Darjah lima dengan darjah enam.

Nervous tu ada la sikit tapi disebabkan ni kali kedua ajar tusyen kat situ, so tercover la sikit rasa cuak tu kan. Ditambah pulak sebelum ni memang aku pernah mengajar budak sekolah rendah masa jadi GSTT before masuk USM dulu.

Aku sebenarnya suka ajar budak sekolah rendah. Walaupun tahap kesabaran kena TINGGI, tapi best. Bayangkan, pasal kentut pun boleh jadi isu. Pening kepala aku. Tadi kelas sejam setengah (untuk satu slot) memang suara aku kena tinggi sesaje. Nak nak pulak tadi mengajar dua slot. Habis dua dua slot tadi, sakit tekak aku gara gara banyak tinggikan suara #TrueStory

Tadi cerita la dekat mak pasal experience aku harini. Mak menyokong aje. Timba pengalaman katanya. BETUL! Tu aku setuju. Lagipun, mak memang suka aku jadi cikgu. Memang dari dulu dia nak aku jadi cikgu. Dan sepanjang hidup aku ni, pekerjaan pertama aku pun jadi CIKGU la. Yang GSTT tu. Lepas jadi GSTT dulu, aku stll dapat lagi tawaran. Tiga tawaran dah tapi tiga-tiga terpaksa tolak atas faktor kekangan masa. Bukan tak sayang. Tapi mungkin takde rezeki :(

Dan malam tadi, kena la buat revision sikit kan? Takkan nak pergi mengajar koboi je. Lagi-lagi nak ngajar sains. Ditambah pulak dengan budak budak sekarang yang dah memang sedia ada bijak. Sebelum ditembak,  siap siap perisai dan baju kalis peluru sekali.


Seronok menulis tak sedar jari terseret dek liquid. Bukan takat jari, dengan lengan sekali kena.
P/S : Nak senang tanggalkan liquid kat kulit, sapu dengan minyak cap kapak. Memang senang hilang. Tak yah tenyeh kuat kuat.

Nota siap ditulis!

Sementara tunggu budak budak habis rehat, cikgu tunggu dalam kelas dulu.

HARI INI DALAM SEJARAH
*13 JANUARI* - Selamat Hari Lahir abah. Semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang sihat. Sentiasa dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana kerja tanpa henti untuk kami sekeluarga. Walaupun abah kerja bukan duduk dalam aircond, walaupun abah kerja bukan pegang pen & kertas, tapi ABAH lah insan yang bagi kami makan, bayarkan yuran sekolah tiap2 tahun, tukar baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah tiap2 tahun, antar ulang alik pergi sekolah dari darjah satu sampai tingkatan enam atas, hantar pergi kerja, teman buat KWSP, hantar pegi klinik bila sakit, buatkan air yassin bila time nak exam. Perhaps, i'm not a good daughter to you, but you will always be a good father to me. Moga abah panjang umur dan dapat lihat kami tiga beradik berjaya. In Shaa Allah.

Renungan bersama :
 Seorang anak perempuan yang SAYANG akan AYAHnya pasti akan menutup aurat kerana dia TIDAK mahu AYAHnya diSERET ke dalam API NERAKA... 

No comments:

Post a Comment