Thursday, 17 January 2013

Tahun Tiga Semester Satu

Dengan berakhirnya exam aku petang tadi, maka tamatlah sudah status sebagai pelajar tahun tiga UNTUK SEPARUH MASA PERTAMA. Hehe!

Bila hujung sem, ada dua benda yang akan mengHANTUi aku
1) Exam (of cos la kan?)
2) Kemas barang.......

Waaaaaaa apesal banyak sangat barang nak kena kemas ni. padahal aku rasa barang MACAM sikit. Macam ye. MACAM -_- Tup tup bila kemas hambek kau. Ok sebenarnya aku baru kemas barang tadi. Dah siap angkut barang masuk stor semua. So in total, DUA luggage, SATU plastik hitam, TIGA kotak, dan DUA beg kanvas bersaiz sederhana.

Dan sem ni utk pertama kalinya aku simpan barang under stor MPD. Selalunya sem2 lepas, aku simpan dekat stor sukres je. Tapi sebab sem ni dah pencen jadi ahli sukres, so kena la simpan barang dalam stor aras + stor bilik bacaan.

And for the FIRSTTTTTTTTTTTTT TIME, beli sticker! (Nak simpan barang dalam stor MPD, kena lekat sticker. 1 sticker = RM1. So in total = EIGHT STICKERS!

STICKERS!
(Masa ni beli tujuh je dulu. Lepas tu baru add on lagi satu)

Sem ni, aku agak rajin study dekat PHS. Bukan apa, kalau dekat bilik, malasnya Nauzubillah. Dengan laptop depan mata lagi, dengan katil lagi, bantal lagi. Semua macam ada tangan dan melambai2. Jadi nak tak nak, memang kena tuju PHS jugak. Walaupun dekat PHS pun aku dok bantai tido jugak, tapi takde la sedahsyat macam kat bilik... Pendek kata, kalau kat bilik tido, tapi kalau kat library tu bukan tido, sebaliknya TAKE A NAP TO GAIN ENERGY. Kan? Semalam dahsyat. Stay library sampai malam. First time bertapa situ sampai malam. HEHE..

BUKTI SATU : Dari siang.........
(Nampak bangunan school TI dari meja)

BUKTI DUA :  ....sampai malam *yawn*
(Dah tak nampak bangunan school TI)

Masa tu lapar. Tiba2 Sarah bagi coklat. Memang sekelip mata la aku habiskan.
(Aku memang hantu coklat)

Dan tengah hari jugak, telah memakan pecal ayam buat kali terakhir untuk sem ni. Weeehooo! Puasa pecal sebulan. Bulan dua baru dapat makan balik... :-D (Acceli nama betul dia PECEL. Tapi setelah mengalami perubahan dan diasosiasikan ke dalam Bahasa Melayu, so sebutan dia orang panggil jadi PECAL) Eh betul ke teori aku ni??? @_@

PECEL a.k.a PECAL
(Kawan aku kata, "untunglah makan RMT")

LAST BUT NOT LEASTTTTTT.....
Esok aku balik PERAK! Semoga perjalanan aku dipermudahkan oleh-NYA. Mohon semuanya lancar. Selamat tinggal Penang. I'm back to Perak. Jumpa lagi Tahun Tiga Semester Dua. In Shaa ALLAH~


Sunday, 13 January 2013

Selamat Pagi Cikgu!


Hari ni, aku diberikan sekali lagi kesempatan untuk jadi cikgu tusyen. Ganti kawan je. Bukan kerja permanent. Subjek : SAINS. Perggghhh! Berapa tahun dah aku tak bukak buku sains tup tup kena mengajar sains???? Rileks, rileks... Ajar sekolah rendah je. Darjah lima dengan darjah enam.

Nervous tu ada la sikit tapi disebabkan ni kali kedua ajar tusyen kat situ, so tercover la sikit rasa cuak tu kan. Ditambah pulak sebelum ni memang aku pernah mengajar budak sekolah rendah masa jadi GSTT before masuk USM dulu.

Aku sebenarnya suka ajar budak sekolah rendah. Walaupun tahap kesabaran kena TINGGI, tapi best. Bayangkan, pasal kentut pun boleh jadi isu. Pening kepala aku. Tadi kelas sejam setengah (untuk satu slot) memang suara aku kena tinggi sesaje. Nak nak pulak tadi mengajar dua slot. Habis dua dua slot tadi, sakit tekak aku gara gara banyak tinggikan suara #TrueStory

Tadi cerita la dekat mak pasal experience aku harini. Mak menyokong aje. Timba pengalaman katanya. BETUL! Tu aku setuju. Lagipun, mak memang suka aku jadi cikgu. Memang dari dulu dia nak aku jadi cikgu. Dan sepanjang hidup aku ni, pekerjaan pertama aku pun jadi CIKGU la. Yang GSTT tu. Lepas jadi GSTT dulu, aku stll dapat lagi tawaran. Tiga tawaran dah tapi tiga-tiga terpaksa tolak atas faktor kekangan masa. Bukan tak sayang. Tapi mungkin takde rezeki :(

Dan malam tadi, kena la buat revision sikit kan? Takkan nak pergi mengajar koboi je. Lagi-lagi nak ngajar sains. Ditambah pulak dengan budak budak sekarang yang dah memang sedia ada bijak. Sebelum ditembak,  siap siap perisai dan baju kalis peluru sekali.


Seronok menulis tak sedar jari terseret dek liquid. Bukan takat jari, dengan lengan sekali kena.
P/S : Nak senang tanggalkan liquid kat kulit, sapu dengan minyak cap kapak. Memang senang hilang. Tak yah tenyeh kuat kuat.

Nota siap ditulis!

Sementara tunggu budak budak habis rehat, cikgu tunggu dalam kelas dulu.

HARI INI DALAM SEJARAH
*13 JANUARI* - Selamat Hari Lahir abah. Semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang sihat. Sentiasa dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana kerja tanpa henti untuk kami sekeluarga. Walaupun abah kerja bukan duduk dalam aircond, walaupun abah kerja bukan pegang pen & kertas, tapi ABAH lah insan yang bagi kami makan, bayarkan yuran sekolah tiap2 tahun, tukar baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah tiap2 tahun, antar ulang alik pergi sekolah dari darjah satu sampai tingkatan enam atas, hantar pergi kerja, teman buat KWSP, hantar pegi klinik bila sakit, buatkan air yassin bila time nak exam. Perhaps, i'm not a good daughter to you, but you will always be a good father to me. Moga abah panjang umur dan dapat lihat kami tiga beradik berjaya. In Shaa Allah.

Renungan bersama :
 Seorang anak perempuan yang SAYANG akan AYAHnya pasti akan menutup aurat kerana dia TIDAK mahu AYAHnya diSERET ke dalam API NERAKA... 

Sunday, 6 January 2013

Televisyen


Di suatu tengah hari Ahad yang indah lagi permai, tiba-tiba aku dikejutkan dengan "I love you, baby i'm not a monster, &%#$@**&^#%$$#@***" (merujuk kepada nada dering pemanggil, yang &%#$@**&^#%$$#@*** tu sebab aku tak gheti nak sebut dia macam mana).

Aku : Hello?
Adik : Hello. Adik tengah tengok Melodi ni.
Aku : (dia call aku semata2 nak cakap yang dia tengok Melodi ke? Eh tapi............) TV KAT RUMAH DAH OKAY KE???
Adik : Dah okay dah. Abah pegi baikkan dengan Awi.
Aku : Haaaa.. Dah tau okay tu, jangan ketuk2 lagi. Nanti hangit lagi tv tu.
Adik : Yelaaaaaaa.

Sebenarnya, tv kat rumah tu dah lama rosak. Rosak >> Baik, Rosak >> Baik, Rosak >> Baik. Pastu rosak balik. Sampai kitorang satu family dah tak kisah dah ada tv ke tidak.

Tapi yang paling latest, tv tu rosak sebab adik. Puncanya? Dia pegi ketuk tv tu. Lepas tu tv tu berbau. Katanya hangit. Lepas tu, satu rumah tak berTV. Selalunya, aku la yang dok membebel suruh abah baikkan. Tapi lepas banyak kali rosak, aku pun dah malas nak cakap apa.

Lagipun aku bukannya selalu ada kat rumah. Kalau balik rumah pun, ada laptop. Layan la Running Man seharian. Takde tv pun tak kisah dah. Tapi nampaknya kali ni pun abah g antar baikkan lagi tv tu. Kita tengok, sampai bila tv tu bertahan. Hewhewhew

- Update entry sambil tunggu download video Ustaz Don. Dah lebih dua jam menunggu, tapi belum lagi habis download. Line slow gamaknya.

Nota Kaki : Nada dering pemanggil yang dimaksudkan adalah MONSTER - BIG BANG :)





Ini sama sekali BUKAN tv kat rumah aku, tapi doakan lah aku ada rezeki nak beli tv macam ni nanti

Saturday, 5 January 2013

Perpustakaan


Ya. Saja nak bagitahu. Hari ni dengan gigihnya aku pergi ke library walaupun hari sabtu adalah hari yang ideal untuk bermalas-malasan di dalam bilik. Oh!

Tapi idea nak pergi library ni pun sebab kekononnya nak terus pergi pasar malam petangnya. Jadi kiranya 2 IN 1 la. Keluar pergi library, balik petang tu singgah pasar malam. Tapi entah kenapa aku rasa niat nak ke pasar malam tu lagi besar daripada niat nak study library.

Akibatnya, aku sempat baca 2 topik je untuk paper PPG223 - Kaedah Mengajar Geografi 1. Selebihnya??? TIDUR! Bukannya tak segan tidur dalam library. Apatah lagi dengan kehadiran pak Arab kat meja sebelah. Tapi kelopak mata aku ni haaaa. Memberat dan terus memberat. Lalu semakin memberat, lalu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~

Tidur > Terjaga. Tidur > Terjaga. Tidur > Terjaga. Last-last memang tak tahan sangat, pergi basuh muka. Agaknya aku mamai sangat kot, sampai ada orang kata aku jalan macam ZOMBIE@_@



Bila dah bosan tak tahu nak buat apa, susun2 nota  letak pen  ambek gambar  upload


Tapi seriusly, library yang takde nombor tu (bukan PHS 1 atau 2) yang lebih dikenali dengan nama arkib tu memang best nak study. Tambah tambah sekarang ni aircond dia dah tak berapa sejuk macam beberapa sem lepas. Cuma satu je la. Masuk library je rasa mengantuk. Saka tidur kuat sangat. Macam mana nak "buang" ntah tak tahu~

Aku ada ambek beberapa gambar library tu. Tapi ni gambar masa study week sem berapa ntah.













Thursday, 3 January 2013

Hari Pertama

YES! (Bukan YEAR-END-SALE ye)
Yang ditunggu telah pun tiba, yang dinanti telah pun datang. #erkkk

3 Januari. Apa lagi kalau bukan tarikh keramat. EXAM! EXAM! Hari pertama dah pulun dua paper. Bagus. Ada EMPAT  lagi menanti. 8 Jan - 12 Jan - 15 Jan - 17 Jan

Memetik kata-kata Mira-O a.k.a Mira-Man "Pagi kita exam paper killer, petang kita exam paper painkiller". Setuju pada mulanya, tapi........

Lepas jawab paper yang kekononnya "painkiller" tu, aku rasa macam nak bertenggek atas lampu jalan je sekarang ni. Ok hiperbola sangat ayat. Malas nak cerita panjang, tapi dua dua paper hari pertama ni betul betul KILLING ME SOFTLY

Tapi frust frust pun, sempat melayan selera kat Keh Feh Ceh lepas exam tadi. (Keh Feh Ceh is KFC. Maaf, sejak sejak belajar fonologi memang suka sebut huruf huruf macam tu. Konon. )  :p

Oh ya, tak dilupakan, cempedak goreng jugak. Aku lupa lepas aku makan aku simpan biji cempedak dalam beg Hotlink ni konon nak buang masa balik bilik tapi TERlupa. Bukak beg ni je jap tadi semerbak bau cempedak keluar. Huaaaa nak cempedak goreng lagi..... T.T

Sebelum menutup entri kali ini, terimalah kata kata azimat yang dipetik daripada kertas soalan LSP 401

"...like being a child in a candy store. You must figure out how to enjoy yourself and taste the candy, but not to eat so much candy that you get sick."


"Hwaiting!" - Ungkapan Ekspresif. #HMT321
(psiko jap)

Tuesday, 1 January 2013

Tayangan Perdana

FILEM AKSI SERAM YANG DITUNGGU TUNGGU TELAH KEMBALI!!!

Jangan lupa menonton filem terbaru karya KertasPeperiksaan Production.

Tajuk : Dewan Peperiksaan Aku Datang
Tarikh Tayangan : 3 Januari - 17 Januari
Lokasi : Sekitar Dewan Peperiksaan L05 & L17

PERINGATAN
Anda tidak digalakkan membawa popcorn sepanjang tayangan berlangsung. Hanya perlu bawa alat tulis di samping membuat persediaan mental & fizikal yang mencukupi. Tidak ketinggalan, bawa bersama seberkas doa minta dipermudahkan segala urusan oleh-NYA.

Selamat Menonton!


Tahun Baru

satu tahun sudah ditinggalkan, sekarang datang pula satu tahun baru. selamat tinggal 2012, selamat datang 2013. (muzik latar : bunyi bunga api)

tahun baru kali ni, "disambut" dalam perjalanan pulang dari khaleel ke saujana. bukan sambut apa pun, tapi sempat la tengok bunga api masa otw balik ke saujana tu.

tapi saat paling bermakna bila dapat berkumpul dengan MMP (Asilah, Tasha, UU, Sarah, Mawar & Mira) ramai-ramai malam tu. doa tahun baru, confession.... bukan senang nak buat kan? setahun sekali je.

bila difikir-fikir, life kat USM yg official ada setahun je lagi. ye. SETAHUN je lagi. setahun ni la nak buat macam macam sebelum LM, sebelum grad. In Shaa ALLAH, semoga setahun yang tinggal ni akan lebih dimanfaatkan sepenuhnya. :)

3 Januari ni dah start final exam. selamat maju jaya buat kawan-kawan dan diri sendiri yang sama sama akan bertempur. Dewan Peperiksaan Aku Datang. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang & terbilang. #gittew

apa apa pun, SELAMAT TAHUN BARU semua. semoga 2013 bakal menjadikan kita insan yang lebih baik, lebih disenangi ramai, lebih berjaya, anak yang patuh pada kedua ibu bapanya dan yang paling penting, menjadi hamba ALLAH yang tidak lalai dalam mengerjakan suruhannya. In Shaa ALLAH.


Gambar kek tak sempat ambek. Dapat amek gambar tulisan kek dan beberapa ketul fries je..
Terima kasih Birthday Girl sebab belanja kek :)