Monday, 31 December 2012

Mimpi

Dah lama sebenarnya aku tak mimpi benda2 yang adventure. sebelum sebelum ni selalu la. mimpi pembunuhan beramai ramai la, bla bla bla. And malam tadi, aku mimpi satu lagi benda best. kalaulah aku ni produser filem, memang dah lama dah aku buat cerekarama guna mimpi aku tu. hehe

Aku mimpi, jadi pembelot dalam satu geng menculik. kekonon aku ni jahat la, tapi rupa2nya aku dok salurkan maklumat dekat polis. and dalam mimpi tu, aku siap mimpi jumpa ahli parlimen kawasan tempat tinggal aku. yes! aku memang respect kat beliau. tak dapat jumpa depan depan, jumpa dalam mimpi pun boleh. hehe

yang bertambah tambah best tu, sebab dalam mimpi tu, yang kekonon jadi geng geng orang jahat tahu sape? FORTEEN!!! Haha motif sangat aku mimpi muka muka budak baik tu jadi orang jahat. tapi serius walaupun mimpi, tapi penat ooooo nak selamatkan diri dari deporang sebab deporang dah tau aku belot. so apa lagi. kena kejo le aku. and aku pun kemain selamatkan diri. ye la, kalau aku kena tangkap, aku kena BUNUH nanti.....

Tapi Alhamdulillah. akhirnya aku berjaya selamatkan diri & berjaya bongkar kegiatan jahat tu. cumanya, seingat aku, takde la pulak scene yang penjahat tu kena tangkap dengan polis dalam mimpi tu. hurrrmmmm mungkin mimpi tu bersambung lagi malam ni kot. eh?


Orang kata kalau mimpi kena patuk dengan ular means ada orang nak masuk minang. Betul ke?
(Ok gambar takde kaitan dengan entry)

No comments:

Post a Comment